Kelas Microsoft Excel (Sifir)
8 September 2019 | Aktiviti TerkiniKelas ini berlangsung pada hari sabtu selama 3 jam iaitu bermula pada jam 2.30 petang hingga 5.30 petang. Aktiviti ini disertai seramai 14 orang dan kesemua mereka adalah ahli pusat internet Felda Perasu.
Kelas ni dijalankan untuk memberi pendedahan lebih kepada peserta mengenai fungsi-fungsi yang terdapat dalam Microsoft Excel ini. Para peserta dikehendaki membuat jadual sifir dari sifir 2 hingga sifir 12. Oleh kerana peserta tidak terdedah dengan aplikasi ini, maka peserta diberi tunjuk yang lebih bagi memudahkan sesi pembelajaran. Dalam kelas ini, peserta diajar untuk membuat kotak jadual, pengiraan menggunakan sistem format dan membuat lebar jadual dengan sama dalam kesemua kotak.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: